SEKAPOR SIREH

SEKAPOR SIREH
Assalamualaikum w.b.t. Saya berasa bersyukur dan berterima kasih kerana telah diberi kepercayaan untuk terus mentadbir Masjid Qaryah Lukut bersama barisan AJK dan Pegawai Agama Masjid. Di atas amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, saya berpesan pada diri saya dan kalangan AJK serta pegawai masjid, marilah kita bersama-sama mengurus dan mentadbir masjid ini dengan sepenuh hati dan keikhlasan kerana ini adalah satu amanah daripada Allah S.W.T. Semoga dengan terbinanya blog ini dapat memberi info kepada setiap lapisan masyarakat di dalam usaha mengimarahkan masjid ini. Demi agama bangsa dan negara. Sekian terima kasih.

LATAR BELAKANG MASJID QARYAH LUKUT

Foto Saya
Masjid Qaryah Lukut merupakan sebuah masjid peninggalan sejarah yang telah dibina semasa pemerintahan Almarhum Raja Busu atau nama sebenarnya Raja Hassan ibni Raja Nala, pada tahun1815, dan pada tahun 1834M Raja Jumaat ibni Raja Jaafar pengambil alih pemerintahan Lukut,Baginda merupakan menantu kepada Sultan Muhammad Shah Sultan selangor yang ketiga,telah mengahwini puteri Tuanku, bernama Tengku Senai atau Tengku Nai. Baginda telah mengkat pada tahun 1864M Raja Jumaat adalah kerabat di raja Riau. Raja Jumaat datang ke Lukut bersama-sama Raja Abdullah yang dibawa oleh ayahandanya yang bernama Raja Jaafar bin Raja Ali dari kerabat di raja Riau. Masjid ini pada asalnya berkeluasan 45 kaki panjang dan 45 kaki lebar semasa dibina dan telah berusia 196 tahun. Sejak pembinaannya, masjid ini mengunakan air perigi untuk jemaah berwuduk. Perigi tersebut masih lagi digunakan sehingga sekarang. Selain itu, fakta sejarah ada menyatakan bahawa binaan dinding masjid ini dilepa dengan campuran putih telur. Pada setiap tahun dalam bulan Syaaban, DYMM Sultan Selangor dan kerabat akan berkunjung ke Makam Diraja Lukut yang terletak berhadapan dengan Masjid Qaryah Lukut.

PENTADBIR MASJID

  • NAZIR : Tn Hj Abd Hamid bin Abdullah PJK
  • SETIAUSAHA: En Hamzah bin Zainal
  • BENDAHARI : Tn Syed Anuar bin Syed Ibrahim
  • BIRO PEMBANGUNAN : Tn Hj Abd Hamid bin Abdullah PJK
  • BIRO DAHWAH : Tn Hj Mansor bin Hj Karim ( Imam 1 )
  • BIRO KEBAJIKAN : Tn Syed Anuar bin Syed Ibrahim
  • BIRO AKTIVITI : En Mohammad Azlan bin Razali ( Imam 2 )
  • BIRO PERSIAPAN : En Hamzah bin Zainal
  • BIRO JAMUAN : Pn Syarifah Norain

PEGAWAI AGAMA MASJID

  • IMAM 1: Tn Hj Mansor Hj Karim
  • IMAM 2 : Ustaz Mohammad Azlan bin Razali
  • IMAM 3 : Ustaz Juhaimi bin Mohd Ghazali
  • Bilal: En. Ahmad Zamuri b. Toyo
  • SIAK: Mr. Ahmad Bin Md Mohtar Sumeh
  • PEMB AM' WANITA : Hajah Norfisah bt Abd Manab

Khamis, 22 Disember 2011

BAYARAN POLISI BADAN KEBAJIKAN DAN KHAIRAT KEMATIAN

Assamualaikum,

Di maklumkan kepada ahli-ahli BKKK Masjid Qaryah Lukut.

Sila membuat bayaran untuk polisi TakafulIklas di atas pelindungan berkelumpuk di atas kematian dengan seberapa segera selewat-lewatnya 01 Januari hingga 28 Februari 2012 kadar bayaran sebanyak RM 24.00 sahaja bagi tahun 2012,
Sila membuat bayaran kepada Jawatan Kuasa Masjid mana-mana ahli gagal menjelaskan bayaran polisi tersebut sebarang menafaat kematian tidak dapat di tunaikan.

Sekian. terima kasih

Majlis mesra YB Tan Seri Isa bersama Pegawai Masjid dan penyampaian kitab dan buku agama untuk Masjid-Masjid Daerah Port Dickson

 High teh majlis mesra bersama YB Tan Seri Isa di PD Golf Club
Bersama Tan Seri Isa ADUN Bagan Pinang