SEKAPOR SIREH

SEKAPOR SIREH
Assalamualaikum w.b.t.Pada tahun 2015 ini saya masih dilantik lagi selaku Pengerusi Qaryah sahingga 2017, Alhamdulillah dari tahun 1990 sahingga kini sudah hampir 25 tahun, saya amat berasa bersyukur dan berterima kasih kerana telah diberi kepercayaan untuk terus mentadbir Masjid Qaryah Lukut bersama barisan AJK dan Pegawai Agama Masjid. Di atas amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, saya berpesan pada diri saya dan kalangan AJK serta pegawai Masjid, marilah kita bersama-sama mengurus dan mentadbir Masjid ini dengan sepenuh hati dan keikhlasan kerana ini adalah satu amanah daripada Allah S.W.T. Semoga dengan terbinanya blog ini dapat memberi info kepada setiap lapisan masyarakat di dalam usaha mengimarahkan Masjid ini. Demi agama bangsa dan Negara. Sekian terima kasih.Alhamdulillah 26 tahun bermula dari tahun 1990 hingga 2016 sudah terlalu lama saya menyumbang bakti, tenaga, buah fikiran, masa, dan wang ringgit, sudah sampai masa nya saya mengundur diri, rasanya tanggung jawab yang saya galas selama 26 tahun sudah cukup untuk menaikan dan memutabatkan Rumah Allah ( Masjid ) terima kasih saya kepada semua AJK dan Pegawai Masjid yang telah memberi kerjasama mengurus tadbir, demi memupuh perpaduan UMMAH di Qaryah Masjid Lukut ini, untuk meneruskan agenda mengembangkan syiar Islam di Qaryah Lukut ini, Pehak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan< Majlis Agama Islam, Negeri Sembilan, dan Kerajaan Negeri Sembilan, akan adakan calun untuk mengantikan untuk mentadbir Qaryah Masjid Lukut.

LATAR BELAKANG MASJID QARYAH LUKUT

Foto saya
Masjid Qaryah Lukut merupakan sebuah masjid peninggalan sejarah yang telah dibina semasa pemerintahan Almarhum Raja Busu atau nama sebenarnya Raja Hassan ibni Raja Nala, pada tahun1815, dan pada tahun 1834M Raja Jumaat ibni Raja Jaafar pengambil alih pemerintahan Lukut,Baginda merupakan menantu kepada Sultan Muhammad Shah Sultan selangor yang ketiga,telah mengahwini puteri Tuanku, bernama Tengku Senai atau Tengku Nai. Baginda telah mengkat pada tahun 1864M Raja Jumaat adalah kerabat di raja Riau. Raja Jumaat datang ke Lukut bersama-sama Raja Abdullah yang dibawa oleh ayahandanya yang bernama Raja Jaafar bin Raja Ali dari kerabat di raja Riau. Masjid ini pada asalnya berkeluasan 45 kaki panjang dan 45 kaki lebar semasa dibina dan telah berusia 196 tahun. Sejak pembinaannya, masjid ini mengunakan air perigi untuk jemaah berwuduk. Perigi tersebut masih lagi digunakan sehingga sekarang. Selain itu, fakta sejarah ada menyatakan bahawa binaan dinding masjid ini dilepa dengan campuran putih telur. Pada setiap tahun dalam bulan Syaaban, DYMM Sultan Selangor dan kerabat akan berkunjung ke Makam Diraja Lukut yang terletak berhadapan dengan Masjid Qaryah Lukut.

PENTADBIR MASJID 2015 -2017

  • PENGERUSI QARYAH : Tn Hj Abd Hamid bin Abdullah PJK
  • SETIAUSAHA: En Hamzah bin Zainal
  • BENDAHARI : Tn Syed Anuar bin Syed Ibrahim
  • BIRO PEMBANGUNAN : Tn Hj Abd Hamid bin Abdullah PJK
  • BIRO ECONOMI : Tn Hj Abd hamid bin Abdullah PJK
  • BIRO AGAMA : Tn Hj Mansor bin Hj Karim ( Imam 1 )
  • BIRO KEBAJIKAN : Tn Syed Anuar bin Syed Ibrahim
  • BIRO KERAIAN : En Fauzi bin Hj Abu Bakar
  • BIRO ALAM SEKITAR : En Rahim Omar b Ali Hussan
  • BIRO JAMUAN : Pn Syarifah Norain
  • AJK Tn Hj Mohd Hussain bin Hj Harun
  • AJK Omar bin Sudin
  • AJK Rahim Omar b Ali Hussan
  • AJK Mohamed Nasir b Mohamed Yusof
  • AJK Tn Hj Tafri bin Raja Mantarai
  • AJK BELIA :Sahak bin Ismail
  • AJK BELIA :Muhd Sakir bin Dzul Ghaffar
  • AJK WANITA : Puan Syarifah Norain binti Syed Mohammad
  • AJK WANITA : Pn Salijah bt Nortamin
  • PEMERIKSA KIRA KIRA : Ishak bin Robani
  • PEMERIKSA KIRA KIRA Mohd Mohidin bin Junid

PEGAWAI AGAMA MASJID 2015 - 2017

  • IMAM 1: Tn Hj Mansor Hj Karim
  • IMAM 2 :Ustaz Hj Juhaimi bin Mohd Ghazali
  • IMAM 3 : Ahmad Sumeh bin Mad Muhtar
  • BILAL : Ahmad Zaemuri bin Toyo
  • SIAK 1 : Fedy bin Safar
  • SIAK 2 : Omar bin Sudin
  • PEMB AM' WANITA : Hajah Norfisah bt Abd Manab

Khamis, 22 Disember 2011

BAYARAN POLISI BADAN KEBAJIKAN DAN KHAIRAT KEMATIAN

Assamualaikum,

Di maklumkan kepada ahli-ahli BKKK Masjid Qaryah Lukut.

Sila membuat bayaran untuk polisi TakafulIklas di atas pelindungan berkelumpuk di atas kematian dengan seberapa segera selewat-lewatnya 01 Januari hingga 28 Februari 2012 kadar bayaran sebanyak RM 24.00 sahaja bagi tahun 2012,
Sila membuat bayaran kepada Jawatan Kuasa Masjid mana-mana ahli gagal menjelaskan bayaran polisi tersebut sebarang menafaat kematian tidak dapat di tunaikan.

Sekian. terima kasih

Majlis mesra YB Tan Seri Isa bersama Pegawai Masjid dan penyampaian kitab dan buku agama untuk Masjid-Masjid Daerah Port Dickson

 High teh majlis mesra bersama YB Tan Seri Isa di PD Golf Club
Bersama Tan Seri Isa ADUN Bagan Pinang

Rabu, 7 Disember 2011

PEMBINAAN PLASTER SILING DEWAN SOLAT MASJID QARYAH LUKUT

Kerja-kerja plaster siling sedang di laksakana

Ruang yang telah siap

keadaan paster siling yang telah siap


Ruang tengah dewan solat

Khamis, 24 November 2011

MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM SEMPENA MAAL HIJRAH, DI DEWAN BAGAN PINANG

Anak-anak yatim Qaryah Lukut, dan seluruh Daerah Port Dickson akan berhimpun di Dewan Orang Ramai Bagan Pinang, sempena Awal Muharram jam 3.00 petang, 26 November 2012.

Waktu asar anak-anak yatim akan ke Masjid Bagan Pinang, selepas solat asar bersama-sama membaca Doa Akhir Tahun dan akan membaca Doa Awal tahun selepas solat Magrib,

Anak-anak Yatim akan dirai oleh YB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj Mohd isa Adun Bagan Pinang, dan jamuan makan malam.

Ahad, 20 November 2011

MAJLIS BERKATAN BERAMAI-RAMAI MUSIM CUTI PERSEKOLAHAN





Badan Kebajikan dan Khairat Kematian, mengadakan program musim cuti persekolahan, mengadakan Majlis Berkatan beramai-ramai dari kalangan anak-anak qaryah Masjid Lukut pada 20 November 2012 ( Ahad )
Buat pertama kali Badan Kebajikan menganjur program seperti ini, insyaalah program ini akan di seterus di tahun- tahun mendatang.

Khamis, 10 November 2011

KEBERANGKATAN SULTAN SELANGOR KE MAKAM DI RAJA LUKUT

Para tetamu sdg menunggu keberangkatan DYMM Sultan Selangor

Tetamu menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Selangor


Tn Nazir berbincang sesuatu dng Sahibulsamaha Dato' Mufti Selangor

Bersama Sahibulsamaha Dato' Mufti Selangor

Isnin, 7 November 2011

IBADAH KORBAN 10 ZULHIJJAH 2011



Lembu korban bersedia untuk di sembelih


Lembu korban telah di sembelih


lembu korban sedang di lapah kulit

Daging di potong untuk di timbang

Kerja-kerja memotong tulang untuk di bungkus

Isnin, 3 Oktober 2011

LAWATAN AHLI PENAL AJK MASJID CONTOH

Semua AJK & Pegawai Masjid ambil perhatian, dalam perkara ini, mana-mana AJk & Pegawai yang ada kelapangan di minta berada di Masjid pada 06 Sep 2011 jam 9 pagi.
Tuan Bendahari di minta tanda tangan semua laporan kewangan debit dan kredit kewangan masjid.

Ahad, 2 Oktober 2011

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK TUAN NAZIR LUKUT, PADA 25 SEPTEMBER 2011







Gambar keluarga Tn Hj Abd Hamid di Majlis Perkahwinan anak lelakinya.




Jumaat, 22 Julai 2011

GOTONG ROYONG MEMBERSIH TANAH PERKUBURAN & MASJID QARYAH LUKUT

kerja-kerja menuraf tar

makam di raja Lukut

depan bangunan makam di Raja Lukut di tutaf tar

kerja menuraf tar di jalan masuk

Ahli Qaryah Masjid Lukut, diminta keluar beramai-ramai khusus ahli waris membersihkan tanah perkuburan keluarga masing-masing:-

pada 24 Julai 2011
jam 8.00 pagi


PROJEK PEMASANGAN ALAT HAWA DINGIN MASJID

Kerja-kerja ubah suai dinding ruang solat

Kerja-kerja melebar ruang solat

Unit hawa dingin ruang dewan solat

Unit hawa dingin di pasang sebelah kanan