SEKAPOR SIREH

SEKAPOR SIREH
Assalamualaikum w.b.t.Pada tahun 2015 ini saya masih dilantik lagi selaku Pengerusi Qaryah sahingga 2017, Alhamdulillah dari tahun 1990 sahingga kini sudah hampir 25 tahun, saya amat berasa bersyukur dan berterima kasih kerana telah diberi kepercayaan untuk terus mentadbir Masjid Qaryah Lukut bersama barisan AJK dan Pegawai Agama Masjid. Di atas amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, saya berpesan pada diri saya dan kalangan AJK serta pegawai Masjid, marilah kita bersama-sama mengurus dan mentadbir Masjid ini dengan sepenuh hati dan keikhlasan kerana ini adalah satu amanah daripada Allah S.W.T. Semoga dengan terbinanya blog ini dapat memberi info kepada setiap lapisan masyarakat di dalam usaha mengimarahkan Masjid ini. Demi agama bangsa dan Negara. Sekian terima kasih.Alhamdulillah 26 tahun bermula dari tahun 1990 hingga 2016 sudah terlalu lama saya menyumbang bakti, tenaga, buah fikiran, masa, dan wang ringgit, sudah sampai masa nya saya mengundur diri, rasanya tanggung jawab yang saya galas selama 26 tahun sudah cukup untuk menaikan dan memutabatkan Rumah Allah ( Masjid ) terima kasih saya kepada semua AJK dan Pegawai Masjid yang telah memberi kerjasama mengurus tadbir, demi memupuh perpaduan UMMAH di Qaryah Masjid Lukut ini, untuk meneruskan agenda mengembangkan syiar Islam di Qaryah Lukut ini, Pehak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan< Majlis Agama Islam, Negeri Sembilan, dan Kerajaan Negeri Sembilan, akan adakan calun untuk mengantikan untuk mentadbir Qaryah Masjid Lukut.

LATAR BELAKANG MASJID QARYAH LUKUT

Foto saya
Masjid Qaryah Lukut merupakan sebuah masjid peninggalan sejarah yang telah dibina semasa pemerintahan Almarhum Raja Busu atau nama sebenarnya Raja Hassan ibni Raja Nala, pada tahun1815, dan pada tahun 1834M Raja Jumaat ibni Raja Jaafar pengambil alih pemerintahan Lukut,Baginda merupakan menantu kepada Sultan Muhammad Shah Sultan selangor yang ketiga,telah mengahwini puteri Tuanku, bernama Tengku Senai atau Tengku Nai. Baginda telah mengkat pada tahun 1864M Raja Jumaat adalah kerabat di raja Riau. Raja Jumaat datang ke Lukut bersama-sama Raja Abdullah yang dibawa oleh ayahandanya yang bernama Raja Jaafar bin Raja Ali dari kerabat di raja Riau. Masjid ini pada asalnya berkeluasan 45 kaki panjang dan 45 kaki lebar semasa dibina dan telah berusia 196 tahun. Sejak pembinaannya, masjid ini mengunakan air perigi untuk jemaah berwuduk. Perigi tersebut masih lagi digunakan sehingga sekarang. Selain itu, fakta sejarah ada menyatakan bahawa binaan dinding masjid ini dilepa dengan campuran putih telur. Pada setiap tahun dalam bulan Syaaban, DYMM Sultan Selangor dan kerabat akan berkunjung ke Makam Diraja Lukut yang terletak berhadapan dengan Masjid Qaryah Lukut.

PENTADBIR MASJID 2015 -2017

  • PENGERUSI QARYAH : Tn Hj Abd Hamid bin Abdullah PJK
  • SETIAUSAHA: En Hamzah bin Zainal
  • BENDAHARI : Tn Syed Anuar bin Syed Ibrahim
  • BIRO PEMBANGUNAN : Tn Hj Abd Hamid bin Abdullah PJK
  • BIRO ECONOMI : Tn Hj Abd hamid bin Abdullah PJK
  • BIRO AGAMA : Tn Hj Mansor bin Hj Karim ( Imam 1 )
  • BIRO KEBAJIKAN : Tn Syed Anuar bin Syed Ibrahim
  • BIRO KERAIAN : En Fauzi bin Hj Abu Bakar
  • BIRO ALAM SEKITAR : En Rahim Omar b Ali Hussan
  • BIRO JAMUAN : Pn Syarifah Norain
  • AJK Tn Hj Mohd Hussain bin Hj Harun
  • AJK Omar bin Sudin
  • AJK Rahim Omar b Ali Hussan
  • AJK Mohamed Nasir b Mohamed Yusof
  • AJK Tn Hj Tafri bin Raja Mantarai
  • AJK BELIA :Sahak bin Ismail
  • AJK BELIA :Muhd Sakir bin Dzul Ghaffar
  • AJK WANITA : Puan Syarifah Norain binti Syed Mohammad
  • AJK WANITA : Pn Salijah bt Nortamin
  • PEMERIKSA KIRA KIRA : Ishak bin Robani
  • PEMERIKSA KIRA KIRA Mohd Mohidin bin Junid

PEGAWAI AGAMA MASJID 2015 - 2017

  • IMAM 1: Tn Hj Mansor Hj Karim
  • IMAM 2 :Ustaz Hj Juhaimi bin Mohd Ghazali
  • IMAM 3 : Ahmad Sumeh bin Mad Muhtar
  • BILAL : Ahmad Zaemuri bin Toyo
  • SIAK 1 : Fedy bin Safar
  • SIAK 2 : Omar bin Sudin
  • PEMB AM' WANITA : Hajah Norfisah bt Abd Manab

Jumaat, 27 Ogos 2010

MAJLIS KATHAM AL QURAN

Alhamdulilah

Majlis katham Al Quran diadakan pada 27 Ramadhan selepas solat magrib, serta menyampaikan sumbangan kepada ahli qariah yang telah mengadakan Tadarus Al Quran sepanjang bulan Ramadhan di Masjid ini.




Khamis, 26 Ogos 2010

PROJEK POLYCABONATE





Alhamdulilah, projek membina polycabonate di dataran halaman Masjid telah pun siap sepenuhnya dan telah diguna pakai semasa kunjungan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan berbuka puasa dengan para muslimin dan muslimat penduduk Qariah Masjid pada 15Ramadhan1431H / 25 Ogos 2010M,

Terima Kasih kepada Kerajaan Negeri, Kerajaan perseketuan diatas peruntukan bernilai RM 50,000.00 untuk projek membina kerangka besi dan bumbung Polycabonate.






Selasa, 24 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA Y.A.B MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

Parish Mosque Lukut
Breaking Fast with the Chief Minister of Negeri Sembilan
on 15 Ramadhan 1431H / 2010M August 25 at 630 pm at Masjid Qariah Lukut























MAJLIS BERBUKA PUASA DENGAN ANAK-ANAK YATIM QARIAH LUKUT

Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim Qariah Masjid Lukut, dan menyampaikan sumbangan kewangan daripada Baitulmal dan orang ramai di Dewan Masjid Qariah Lukut pada 13 Ramadhan 1432H / 22 Ogos 2010M jam 6.30 petang


















Khamis, 12 Ogos 2010

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

Aswt.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,
Selamat mengerjakan ibadah puasa, di Ramadan Al Mubaraq
perbanyakan lah ibadah sunat:-

Melakukan Solat Tarawih, solat witir berjemaah di Masjid/Surau
Mengadakan Tadarus Al Quran, di Masjid/Surau
Besedekah berbuka puasa untuk muslimin & muslimat yang berbuka di Masjid/Surau
Bersedekah untuk Morei di Masjid/Surau

MAJLIS BERBUKA PUASA

Assalamualaikum

Majlis Berbuka Puasa Rakan Muda Masjid-Masjid Daerah Port Dickson, bersama Ybg. Pengarah Belia Dan Sukan, Negeri Sembilan :-

Pada : 18 Agos 2010
Tempat : Masjid Qariah Lukut










Isnin, 9 Ogos 2010

PERJUMPAAN

ASWT.

Semua pemimpin masyarakat, pada 09 Agos 2010 selepas solat magrib ada perjumpaan di Dewan Masjid Kariah Lukut, untuk membincang kunjungan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, berbuka puasa bersama penduduk dalam DUN Lukut & Dun Chuah, diharap semua pemimpin dari kalangan:-

. Ketua Kampung
. Ketua-Ketua UMNO Cawangan
. Ketua Belia
. Pengerusi-Pengerusi Surau
. Pengerusi pertubuhan Islam

PROJEK HALAMAN MASJID

Aswt.

Pentadbir masjid Minta maaf sebarang kesulitan yang terdapat di halaman masjid di sebabkan projek mendirikan kerangka besi dan melantai dataran halaman masjid, untuk keperluan berbagaiguna umat islam dimasa-masa akan datang.

Terima kasih