SEKAPOR SIREH

SEKAPOR SIREH
Assalamualaikum w.b.t.Pada tahun 2015 ini saya masih dilantik lagi selaku Pengerusi Qaryah sahingga 2017, Alhamdulillah dari tahun 1990 sahingga kini sudah hampir 25 tahun, saya amat berasa bersyukur dan berterima kasih kerana telah diberi kepercayaan untuk terus mentadbir Masjid Qaryah Lukut bersama barisan AJK dan Pegawai Agama Masjid. Di atas amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, saya berpesan pada diri saya dan kalangan AJK serta pegawai Masjid, marilah kita bersama-sama mengurus dan mentadbir Masjid ini dengan sepenuh hati dan keikhlasan kerana ini adalah satu amanah daripada Allah S.W.T. Semoga dengan terbinanya blog ini dapat memberi info kepada setiap lapisan masyarakat di dalam usaha mengimarahkan Masjid ini. Demi agama bangsa dan Negara. Sekian terima kasih.Alhamdulillah 26 tahun bermula dari tahun 1990 hingga 2016 sudah terlalu lama saya menyumbang bakti, tenaga, buah fikiran, masa, dan wang ringgit, sudah sampai masa nya saya mengundur diri, rasanya tanggung jawab yang saya galas selama 26 tahun sudah cukup untuk menaikan dan memutabatkan Rumah Allah ( Masjid ) terima kasih saya kepada semua AJK dan Pegawai Masjid yang telah memberi kerjasama mengurus tadbir, demi memupuh perpaduan UMMAH di Qaryah Masjid Lukut ini, untuk meneruskan agenda mengembangkan syiar Islam di Qaryah Lukut ini, Pehak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan< Majlis Agama Islam, Negeri Sembilan, dan Kerajaan Negeri Sembilan, akan adakan calun untuk mengantikan untuk mentadbir Qaryah Masjid Lukut.

LATAR BELAKANG MASJID QARYAH LUKUT

Foto saya
Masjid Qaryah Lukut merupakan sebuah masjid peninggalan sejarah yang telah dibina semasa pemerintahan Almarhum Raja Busu atau nama sebenarnya Raja Hassan ibni Raja Nala, pada tahun1815, dan pada tahun 1834M Raja Jumaat ibni Raja Jaafar pengambil alih pemerintahan Lukut,Baginda merupakan menantu kepada Sultan Muhammad Shah Sultan selangor yang ketiga,telah mengahwini puteri Tuanku, bernama Tengku Senai atau Tengku Nai. Baginda telah mengkat pada tahun 1864M Raja Jumaat adalah kerabat di raja Riau. Raja Jumaat datang ke Lukut bersama-sama Raja Abdullah yang dibawa oleh ayahandanya yang bernama Raja Jaafar bin Raja Ali dari kerabat di raja Riau. Masjid ini pada asalnya berkeluasan 45 kaki panjang dan 45 kaki lebar semasa dibina dan telah berusia 196 tahun. Sejak pembinaannya, masjid ini mengunakan air perigi untuk jemaah berwuduk. Perigi tersebut masih lagi digunakan sehingga sekarang. Selain itu, fakta sejarah ada menyatakan bahawa binaan dinding masjid ini dilepa dengan campuran putih telur. Pada setiap tahun dalam bulan Syaaban, DYMM Sultan Selangor dan kerabat akan berkunjung ke Makam Diraja Lukut yang terletak berhadapan dengan Masjid Qaryah Lukut.

PENTADBIR MASJID 2015 -2017

  • PENGERUSI QARYAH : Tn Hj Abd Hamid bin Abdullah PJK
  • SETIAUSAHA: En Hamzah bin Zainal
  • BENDAHARI : Tn Syed Anuar bin Syed Ibrahim
  • BIRO PEMBANGUNAN : Tn Hj Abd Hamid bin Abdullah PJK
  • BIRO ECONOMI : Tn Hj Abd hamid bin Abdullah PJK
  • BIRO AGAMA : Tn Hj Mansor bin Hj Karim ( Imam 1 )
  • BIRO KEBAJIKAN : Tn Syed Anuar bin Syed Ibrahim
  • BIRO KERAIAN : En Fauzi bin Hj Abu Bakar
  • BIRO ALAM SEKITAR : En Rahim Omar b Ali Hussan
  • BIRO JAMUAN : Pn Syarifah Norain
  • AJK Tn Hj Mohd Hussain bin Hj Harun
  • AJK Omar bin Sudin
  • AJK Rahim Omar b Ali Hussan
  • AJK Mohamed Nasir b Mohamed Yusof
  • AJK Tn Hj Tafri bin Raja Mantarai
  • AJK BELIA :Sahak bin Ismail
  • AJK BELIA :Muhd Sakir bin Dzul Ghaffar
  • AJK WANITA : Puan Syarifah Norain binti Syed Mohammad
  • AJK WANITA : Pn Salijah bt Nortamin
  • PEMERIKSA KIRA KIRA : Ishak bin Robani
  • PEMERIKSA KIRA KIRA Mohd Mohidin bin Junid

PEGAWAI AGAMA MASJID 2015 - 2017

  • IMAM 1: Tn Hj Mansor Hj Karim
  • IMAM 2 :Ustaz Hj Juhaimi bin Mohd Ghazali
  • IMAM 3 : Ahmad Sumeh bin Mad Muhtar
  • BILAL : Ahmad Zaemuri bin Toyo
  • SIAK 1 : Fedy bin Safar
  • SIAK 2 : Omar bin Sudin
  • PEMB AM' WANITA : Hajah Norfisah bt Abd Manab

Khamis, 15 Julai 2010

CERAMAH AGAMA ISRAK & MIKRAJ

Assalamualaikum,


Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah


Di jemput datang beramai-ramai ke Majlis Ceramah Agama di Masjid Qariah Lukut:-


PADA 17 JULAI 2010 ( SABTU)
JAM 07.00 MALAM
TEMPAT MASJID QARIAH LUKUT
PENCERAMAH USTAS AMRAN BIN AWALUDIN
INTITIUT LATEHAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

KRSUS PENYEMBELIHAN

Assalamualaikum,

Muslimin yang dirahmati Allah

KURSUS PENYEMBELIHAN AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKU:-

TARIKH 17 JULAI 2010 ( SABTU )
JAM 08.00 PAGI
TEMPAT MASJID QARIAH LUKUT

PEGAWAI KURSUS USTAZ MAT NAWI BIN MAHMOD
PEN. PEG. PENYELIDIKAN
MAJLIS AGAMA ISLAM N. SEMBILAN

Dijemput muslimin untuk mengetahui cara-cara dan melakukan penyembelihan yang betul mengikut humkum syaraq.

Jumaat, 2 Julai 2010

CERAMAH AGAMA ISRAK & MIKRAJ

Assalamualaimum,

Para Muslimin dan Muslimat
Yang Di Rahmati Allah.

Di Jemput Para Muslimin dan Muslimat serta keluarga
datang ke Masjid Qariah Lukut untuk bersama-sama mejayakan
Majlis Ceramah Agama Sempina Sambutan Israk & Mikraj pada tarikh seperti berikut:-

Tarikh : 17 Julai 2010M 05 Syaaban 1431H ( Sabtu malam Ahad )
Masa : 07.00 Malam


KURSUS PENYEMBELIHAN

Assalamualaikum,

Kepada Muslimin yang di rahmati Allah

Pentadbir Masjid dan Pejabat Agama Islam Daerah Port Dickson
akan mengadakan Kursus Penyembelihan tarikh, masa tempat ada seperti berikut:-

Tarikh : 17 Julai 2010 ( Sabtu )
Masa : 08.00 hingga 12 tengah hari
Tempat : Masjid Qariah Lukut

Sehubungan dengan itu para Muslimin yang ingin menyertai kursus ini bolehlah mendapatkan borang daripada Tuan Syed atau Pejabat Masjid.

Setiap perserta akan di anugerahkan Sijil daripada
Majlis Agama islam Negeri Sembilan.

PEMBANGUNAN

Assalamualaikum,

Muslimin dan Muslimat yang di rahmati Allah.

Kontraktor akan melakukan Kerja-kerja pembangunan mendirikan kerangka untuk memasang (Bumbung Polycabinate Awning ) di perkarangan halaman masjid akan dimulakan pada 12 Julai 2010 sebarang kesulitan diatas perkara tersebut, Pentadbir Masjid ini memohon maaf.

MAJLIS PERKAHWINAN

Assalamualaikum,
Kepada muslimin dan muslimat.
Dewan, Halaman dan dapur Masjid akan digunakan oleh anak qariah untuk majlis perkahwinan pada 09 Julai 2001 hingga 10 Julai 2010.
Alhamdulillah, ini lah pertama kali anak qariah mengunakan kemudahan yang telah di sediakan oleh Pentadbir Masjid untuk digunapakai , semuga dilain masa ramai lagi anak-anak qariah mengunakan kemudahan yang telah disediakan.
Segala yang baik itu datang nya dari Allah. Semuga majlis ini mendapat keberkatan dari nya.Isyaalah,