SEKAPOR SIREH

SEKAPOR SIREH
Assalamualaikum w.b.t.Pada tahun 2015 ini saya masih dilantik lagi selaku Pengerusi Qaryah sahingga 2017, Alhamdulillah dari tahun 1990 sahingga kini sudah hampir 25 tahun, saya amat berasa bersyukur dan berterima kasih kerana telah diberi kepercayaan untuk terus mentadbir Masjid Qaryah Lukut bersama barisan AJK dan Pegawai Agama Masjid. Di atas amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, saya berpesan pada diri saya dan kalangan AJK serta pegawai Masjid, marilah kita bersama-sama mengurus dan mentadbir Masjid ini dengan sepenuh hati dan keikhlasan kerana ini adalah satu amanah daripada Allah S.W.T. Semoga dengan terbinanya blog ini dapat memberi info kepada setiap lapisan masyarakat di dalam usaha mengimarahkan Masjid ini. Demi agama bangsa dan Negara. Sekian terima kasih.Alhamdulillah 26 tahun bermula dari tahun 1990 hingga 2016 sudah terlalu lama saya menyumbang bakti, tenaga, buah fikiran, masa, dan wang ringgit, sudah sampai masa nya saya mengundur diri, rasanya tanggung jawab yang saya galas selama 26 tahun sudah cukup untuk menaikan dan memutabatkan Rumah Allah ( Masjid ) terima kasih saya kepada semua AJK dan Pegawai Masjid yang telah memberi kerjasama mengurus tadbir, demi memupuh perpaduan UMMAH di Qaryah Masjid Lukut ini, untuk meneruskan agenda mengembangkan syiar Islam di Qaryah Lukut ini, Pehak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan< Majlis Agama Islam, Negeri Sembilan, dan Kerajaan Negeri Sembilan, akan adakan calun untuk mengantikan untuk mentadbir Qaryah Masjid Lukut.

LATAR BELAKANG MASJID QARYAH LUKUT

Foto saya
Masjid Qaryah Lukut merupakan sebuah masjid peninggalan sejarah yang telah dibina semasa pemerintahan Almarhum Raja Busu atau nama sebenarnya Raja Hassan ibni Raja Nala, pada tahun1815, dan pada tahun 1834M Raja Jumaat ibni Raja Jaafar pengambil alih pemerintahan Lukut,Baginda merupakan menantu kepada Sultan Muhammad Shah Sultan selangor yang ketiga,telah mengahwini puteri Tuanku, bernama Tengku Senai atau Tengku Nai. Baginda telah mengkat pada tahun 1864M Raja Jumaat adalah kerabat di raja Riau. Raja Jumaat datang ke Lukut bersama-sama Raja Abdullah yang dibawa oleh ayahandanya yang bernama Raja Jaafar bin Raja Ali dari kerabat di raja Riau. Masjid ini pada asalnya berkeluasan 45 kaki panjang dan 45 kaki lebar semasa dibina dan telah berusia 196 tahun. Sejak pembinaannya, masjid ini mengunakan air perigi untuk jemaah berwuduk. Perigi tersebut masih lagi digunakan sehingga sekarang. Selain itu, fakta sejarah ada menyatakan bahawa binaan dinding masjid ini dilepa dengan campuran putih telur. Pada setiap tahun dalam bulan Syaaban, DYMM Sultan Selangor dan kerabat akan berkunjung ke Makam Diraja Lukut yang terletak berhadapan dengan Masjid Qaryah Lukut.

PENTADBIR MASJID 2015 -2017

  • PENGERUSI QARYAH : Tn Hj Abd Hamid bin Abdullah PJK
  • SETIAUSAHA: En Hamzah bin Zainal
  • BENDAHARI : Tn Syed Anuar bin Syed Ibrahim
  • BIRO PEMBANGUNAN : Tn Hj Abd Hamid bin Abdullah PJK
  • BIRO ECONOMI : Tn Hj Abd hamid bin Abdullah PJK
  • BIRO AGAMA : Tn Hj Mansor bin Hj Karim ( Imam 1 )
  • BIRO KEBAJIKAN : Tn Syed Anuar bin Syed Ibrahim
  • BIRO KERAIAN : En Fauzi bin Hj Abu Bakar
  • BIRO ALAM SEKITAR : En Rahim Omar b Ali Hussan
  • BIRO JAMUAN : Pn Syarifah Norain
  • AJK Tn Hj Mohd Hussain bin Hj Harun
  • AJK Omar bin Sudin
  • AJK Rahim Omar b Ali Hussan
  • AJK Mohamed Nasir b Mohamed Yusof
  • AJK Tn Hj Tafri bin Raja Mantarai
  • AJK BELIA :Sahak bin Ismail
  • AJK BELIA :Muhd Sakir bin Dzul Ghaffar
  • AJK WANITA : Puan Syarifah Norain binti Syed Mohammad
  • AJK WANITA : Pn Salijah bt Nortamin
  • PEMERIKSA KIRA KIRA : Ishak bin Robani
  • PEMERIKSA KIRA KIRA Mohd Mohidin bin Junid

PEGAWAI AGAMA MASJID 2015 - 2017

  • IMAM 1: Tn Hj Mansor Hj Karim
  • IMAM 2 :Ustaz Hj Juhaimi bin Mohd Ghazali
  • IMAM 3 : Ahmad Sumeh bin Mad Muhtar
  • BILAL : Ahmad Zaemuri bin Toyo
  • SIAK 1 : Fedy bin Safar
  • SIAK 2 : Omar bin Sudin
  • PEMB AM' WANITA : Hajah Norfisah bt Abd Manab

Rabu, 30 Jun 2010

KURSUS PENYEMBELIHAN BINATANG

Masjid Qariah Lukut, akan mengadakan kursus penyembelihan untuk penduduk Islam yang berada di Qariah Masjid dan sekitar,
kepada para muslimin borang untuk menyertai kursus bolih didapati di pejabat Masjid.

Tarikh : pada 17 Julai 2010
Jam : 8.00 pagi hingga jam 12 tengah hari
Tempat : Masjid Qariah Lukut

Anjuran
1. Masjid Qariah Lukut
2. Pejabat Agama Islam Daerah Port Dickson
3. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

UCAPAN TERIMA KASIH

Majlis penutup Gotong Royong Perdana Masjid Qariah Lukut jam 12.00 tengah hari 20 June 2010 oleh YB Dato' Hj Ismail Bin Taib Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, Adun Linggi, pihak AJK Masjid dan UMNO Cawagan Kota Lukut, merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudian YB hadir di majlis tersebut, dan telah menyumbang kewangan sebanyak RM 3,000.00 untuk kegiatan Masjid.

Rabu, 16 Jun 2010

KAWASAN TANAH WAKAF DI KAKI BUKIT RAJA











Alhamdulliah kawasan tanah wakaf lama dibawah kaki Bukit Raja Kota Lukut,telah di bersih dan di usahakan dengan bercucuk tanam agar kawasan tersebut sentisa bersih dan terjaga,
kawasan yang berkeluasan hampir 2 ekar ini telah terbiar sekian lama dengan di penuhi hutan dan pokok telah di bersih dan di pagar atas peruntukan Majils Agama Islam N.Sembilan dengan kos RM 20,000.00
Semuga kawasan ini sentiasa terpelihara sebelum digunakan untuk perkebumian ahli Qariah Lukut dimasa akan datang.












KERJA-KERJA PERMULAAN, SEBELOM GOTONG ROYONG







Keadaan tembuk pagar masjid
sebelum kerja-kerja dimulakan









Keadaan tembuk sebelah dalam
sebelum kerja-kerja dimulakan










Tembuk batu setelah di bersihkan lumut-lumut
dengan water pressure pump








Kerja-kerja permulaan mengecat sealler
di permukaan sebelum di cat warna














keadaan tembuk batu setelah
di cat permukaan dengan sealler.















































KERJA-KERJA BAIK PULIH STORE











KERJA-KERJA BAIK PILIH STORE PINGAN MANGUK DLL

Selasa, 8 Jun 2010

KEMBALI KERAHMATULLAH

ALFATEHA

Tanggungan ahli Badan Khairat Kematian.

Isteri saudara En. Muhammad Zin bin Kamarudin, Puan Rosenah binti Ismail
telah kembali kerahmatullah pada 01 June 2010 Selasa dalam usia 43 tahun
Jenazah selamat dikebumikan selepas solat zohor.

KERJA-KERJA BAIK PULIH KOLAH DAN TANDAS


Assalamualikum

Para jemaah muslimin dan muslimat yang di rahmati Allah
pentadbir masjid memohon maaf di atas kesulitan para jemaah untuk mengambil uduk, di sebabkan kerja-kerja menaik taraf kolah dan tandas.

Sebarang kesulitan, pihak pentadbir masjid memohon maaf.