SEKAPOR SIREH

SEKAPOR SIREH
Assalamualaikum w.b.t.Pada tahun 2015 ini saya masih dilantik lagi selaku Pengerusi Qaryah sahingga 2017, Alhamdulillah dari tahun 1990 sahingga kini sudah hampir 25 tahun, saya amat berasa bersyukur dan berterima kasih kerana telah diberi kepercayaan untuk terus mentadbir Masjid Qaryah Lukut bersama barisan AJK dan Pegawai Agama Masjid. Di atas amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, saya berpesan pada diri saya dan kalangan AJK serta pegawai Masjid, marilah kita bersama-sama mengurus dan mentadbir Masjid ini dengan sepenuh hati dan keikhlasan kerana ini adalah satu amanah daripada Allah S.W.T. Semoga dengan terbinanya blog ini dapat memberi info kepada setiap lapisan masyarakat di dalam usaha mengimarahkan Masjid ini. Demi agama bangsa dan Negara. Sekian terima kasih.Alhamdulillah 26 tahun bermula dari tahun 1990 hingga 2016 sudah terlalu lama saya menyumbang bakti, tenaga, buah fikiran, masa, dan wang ringgit, sudah sampai masa nya saya mengundur diri, rasanya tanggung jawab yang saya galas selama 26 tahun sudah cukup untuk menaikan dan memutabatkan Rumah Allah ( Masjid ) terima kasih saya kepada semua AJK dan Pegawai Masjid yang telah memberi kerjasama mengurus tadbir, demi memupuh perpaduan UMMAH di Qaryah Masjid Lukut ini, untuk meneruskan agenda mengembangkan syiar Islam di Qaryah Lukut ini, Pehak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan< Majlis Agama Islam, Negeri Sembilan, dan Kerajaan Negeri Sembilan, akan adakan calun untuk mengantikan untuk mentadbir Qaryah Masjid Lukut.

LATAR BELAKANG MASJID QARYAH LUKUT

Foto saya
Masjid Qaryah Lukut merupakan sebuah masjid peninggalan sejarah yang telah dibina semasa pemerintahan Almarhum Raja Busu atau nama sebenarnya Raja Hassan ibni Raja Nala, pada tahun1815, dan pada tahun 1834M Raja Jumaat ibni Raja Jaafar pengambil alih pemerintahan Lukut,Baginda merupakan menantu kepada Sultan Muhammad Shah Sultan selangor yang ketiga,telah mengahwini puteri Tuanku, bernama Tengku Senai atau Tengku Nai. Baginda telah mengkat pada tahun 1864M Raja Jumaat adalah kerabat di raja Riau. Raja Jumaat datang ke Lukut bersama-sama Raja Abdullah yang dibawa oleh ayahandanya yang bernama Raja Jaafar bin Raja Ali dari kerabat di raja Riau. Masjid ini pada asalnya berkeluasan 45 kaki panjang dan 45 kaki lebar semasa dibina dan telah berusia 196 tahun. Sejak pembinaannya, masjid ini mengunakan air perigi untuk jemaah berwuduk. Perigi tersebut masih lagi digunakan sehingga sekarang. Selain itu, fakta sejarah ada menyatakan bahawa binaan dinding masjid ini dilepa dengan campuran putih telur. Pada setiap tahun dalam bulan Syaaban, DYMM Sultan Selangor dan kerabat akan berkunjung ke Makam Diraja Lukut yang terletak berhadapan dengan Masjid Qaryah Lukut.

PENTADBIR MASJID 2015 -2017

  • PENGERUSI QARYAH : Tn Hj Abd Hamid bin Abdullah PJK
  • SETIAUSAHA: En Hamzah bin Zainal
  • BENDAHARI : Tn Syed Anuar bin Syed Ibrahim
  • BIRO PEMBANGUNAN : Tn Hj Abd Hamid bin Abdullah PJK
  • BIRO ECONOMI : Tn Hj Abd hamid bin Abdullah PJK
  • BIRO AGAMA : Tn Hj Mansor bin Hj Karim ( Imam 1 )
  • BIRO KEBAJIKAN : Tn Syed Anuar bin Syed Ibrahim
  • BIRO KERAIAN : En Fauzi bin Hj Abu Bakar
  • BIRO ALAM SEKITAR : En Rahim Omar b Ali Hussan
  • BIRO JAMUAN : Pn Syarifah Norain
  • AJK Tn Hj Mohd Hussain bin Hj Harun
  • AJK Omar bin Sudin
  • AJK Rahim Omar b Ali Hussan
  • AJK Mohamed Nasir b Mohamed Yusof
  • AJK Tn Hj Tafri bin Raja Mantarai
  • AJK BELIA :Sahak bin Ismail
  • AJK BELIA :Muhd Sakir bin Dzul Ghaffar
  • AJK WANITA : Puan Syarifah Norain binti Syed Mohammad
  • AJK WANITA : Pn Salijah bt Nortamin
  • PEMERIKSA KIRA KIRA : Ishak bin Robani
  • PEMERIKSA KIRA KIRA Mohd Mohidin bin Junid

PEGAWAI AGAMA MASJID 2015 - 2017

  • IMAM 1: Tn Hj Mansor Hj Karim
  • IMAM 2 :Ustaz Hj Juhaimi bin Mohd Ghazali
  • IMAM 3 : Ahmad Sumeh bin Mad Muhtar
  • BILAL : Ahmad Zaemuri bin Toyo
  • SIAK 1 : Fedy bin Safar
  • SIAK 2 : Omar bin Sudin
  • PEMB AM' WANITA : Hajah Norfisah bt Abd Manab

Rabu, 26 Mei 2010

PROJEK MASJID


Dewan Masjid telah di pasanag 2 unitVintalitor Fan, untuk mengurang haba panas dalam bangunan dewan. pada 25 May 2010


Isnin, 24 Mei 2010

GOTONG ROYONG

PAGAR HADAPAN JLN BESAR
PAGAR SEBELAH KIRI
PAGAR SEBELAHDEPAN
Assalamualaikum,

Para musl;imin dan muslimah, yang dirahmati Allah
Pentadbir Masjid akan mengadakan satu majlis GOTONG ROYONG mengecat pagar batu masjid yang telah usang.


Pada 20 June 2010 ( Ahad)
Jam 7.30 pagi hingga 12 tengah hari
Tempat Masjid Qariah Lukut
Mohon kepada penduduk Qariah Masjid Lukut marilah datang beramai-ramai untuk kita bersama-sama mengecat PAGAR BATU Masjid, sokongan dan keiklasan para muslimin sekian amatlah diharapkan. Dan sila bawa peralatan mengecat sekiranya ada.
Minum pagi dan makan tengah hari disediakan.

Khamis, 20 Mei 2010

KULIAH SUBUH

Aswt. para muslimin dan muslimah,

pada 22 April 2010 (Sabtu)
di jemput menghadiri Kuliah Subuh
dibimbing oleh Tuan guru Ustaz Haji Nasir bin Ishak

BADAN KEBAJIKAN & KHAIRAT KEMATIAN

Aswt. Kepada semua ahli Badan Kebajikan, berkuatkuasa 1 Mei 2010 ahli-ahli yang telah mendaftar dan membayar sumbangan telah pun di daftarkan keahlian nya di ETIQA TAKAFUL BERHAD . menafaat yang akan di sumbangkan oleh pehak Etiqa Takaful Berhad berlaku kematian:-

Ahli bawah 65 tahun RM 1,000.00
Pasangan RM 1,000.00
Anak Rm 500.00

Ahli 66 th-75 th RM 500.00
Pasangan 66th-75th RM 500.00


Ahli berdaftar seramai 264 orang


Mana-mana ahli qariah Masjid yang belum menjadi ahli boleh mengambil borang di pejabat Masjid, atau berjumpa dengan Tuan Syed Anura bin Syed Ibrahim, Pengerusi Badan Kebajikan.

Ajal dan maut ketentuan ALLAH, sediakan lah persiapan untuk diri sendiri disamping bersedekah kepada yang lain. Amin

MESYUARAT JAWATANKUASA

Aswt. Kepada semua AJK masjid harap dapat lapangkan masa, untuk kita berbincang berkaitan pengurusan Masjid, dan aktiviti yang akan di laksanakan.
Untuk itu semua AJK di jemput hadir:-

Pada 21 April 2010 ( Jumaat )
Masa Selepas Solat Magrib
Tempat Dewan Masjid