Daerah Port Dickson,
Negeri Sembilan, Darul Khusus
SEKAPOR SIREH
Assalamualaikum w.b.t.Pada tahun 2015 ini saya masih dilantik lagi selaku Pengerusi Qaryah sahingga 2017, Alhamdulillah dari tahun 1990 sahingga kini sudah hampir 25 tahun, saya amat berasa bersyukur dan berterima kasih kerana telah diberi kepercayaan untuk terus mentadbir Masjid Qaryah Lukut bersama barisan AJK dan Pegawai Agama Masjid. Di atas amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, saya berpesan pada diri saya dan kalangan AJK serta pegawai Masjid, marilah kita bersama-sama mengurus dan mentadbir Masjid ini dengan sepenuh hati dan keikhlasan kerana ini adalah satu amanah daripada Allah S.W.T. Semoga dengan terbinanya blog ini dapat memberi info kepada setiap lapisan masyarakat di dalam usaha mengimarahkan Masjid ini. Demi agama bangsa dan Negara. Sekian terima kasih.Alhamdulillah 26 tahun bermula dari tahun 1990 hingga 2016 sudah terlalu lama saya menyumbang bakti, tenaga, buah fikiran, masa, dan wang ringgit, sudah sampai masa nya saya mengundur diri, rasanya tanggung jawab yang saya galas selama 26 tahun sudah cukup untuk menaikan dan memutabatkan Rumah Allah ( Masjid ) terima kasih saya kepada semua AJK dan Pegawai Masjid yang telah memberi kerjasama mengurus tadbir, demi memupuh perpaduan UMMAH di Qaryah Masjid Lukut ini, untuk meneruskan agenda mengembangkan syiar Islam di Qaryah Lukut ini, Pehak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan< Majlis Agama Islam, Negeri Sembilan, dan Kerajaan Negeri Sembilan, akan adakan calun untuk mengantikan untuk mentadbir Qaryah Masjid Lukut.
Masjid Qaryah Lukut merupakan sebuah masjid peninggalan sejarah yang telah dibina semasa pemerintahan Almarhum Raja Busu atau nama sebenarnya Raja Hassan ibni Raja Nala, pada tahun1815, dan pada tahun 1834M Raja Jumaat ibni Raja Jaafar pengambil alih pemerintahan Lukut,Baginda merupakan menantu kepada Sultan Muhammad Shah Sultan selangor yang ketiga,telah mengahwini puteri Tuanku, bernama Tengku Senai atau Tengku Nai. Baginda telah mengkat pada tahun 1864M Raja Jumaat adalah kerabat di raja Riau. Raja Jumaat datang ke Lukut bersama-sama Raja Abdullah yang dibawa oleh ayahandanya yang bernama Raja Jaafar bin Raja Ali dari kerabat di raja Riau.
Masjid ini pada asalnya berkeluasan 45 kaki panjang dan 45 kaki lebar semasa dibina dan telah berusia 196 tahun. Sejak pembinaannya, masjid ini mengunakan air perigi untuk jemaah berwuduk. Perigi tersebut masih lagi digunakan sehingga sekarang. Selain itu, fakta sejarah ada menyatakan bahawa binaan dinding masjid ini dilepa dengan campuran putih telur.
Pada setiap tahun dalam bulan Syaaban, DYMM Sultan Selangor dan kerabat akan berkunjung ke Makam Diraja Lukut yang terletak berhadapan dengan Masjid Qaryah Lukut.
Majlis katham Al Quran diadakan pada 27 Ramadhan selepas solat magrib, serta menyampaikan sumbangan kepada ahli qariah yang telah mengadakan Tadarus Al Quran sepanjang bulan Ramadhan di Masjid ini.
Alhamdulilah, projek membina polycabonate di dataran halaman Masjid telah pun siap sepenuhnya dan telah diguna pakai semasa kunjungan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan berbuka puasa dengan para muslimin dan muslimat penduduk Qariah Masjid pada 15Ramadhan1431H / 25 Ogos 2010M,
Terima Kasih kepada Kerajaan Negeri, Kerajaan perseketuan diatas peruntukan bernilai RM 50,000.00 untuk projek membina kerangka besi dan bumbung Polycabonate.
Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim Qariah Masjid Lukut, dan menyampaikan sumbangan kewangan daripada Baitulmal dan orang ramai di Dewan Masjid Qariah Lukut pada 13 Ramadhan 1432H / 22 Ogos 2010M jam 6.30 petang
Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah, Selamat mengerjakan ibadah puasa, di Ramadan Al Mubaraq perbanyakan lah ibadah sunat:-
Melakukan Solat Tarawih, solat witir berjemaah di Masjid/Surau Mengadakan Tadarus Al Quran, di Masjid/Surau Besedekah berbuka puasa untuk muslimin & muslimat yang berbuka di Masjid/Surau Bersedekah untuk Morei di Masjid/Surau